Saturday, January 24, 2009

Zikir-zikir setelah solat fardhu


كَانَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثاً وَقَالَ : " اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ ". قيل للأوزاعي وهو أحد رواة الحديث : كيف الاستغفار ؟ قال : تقول : استغفر الله ، أستغفر الله.


Adalah Rasulallah s.a.w. apabila selesai dari solatnya, membaca istighfar 3 kali, baginda membaca: "Ya Allah Engkau adalah Maha selamat, dari-Mu keselamatan, keberkatan adalah milik-Mu, wahai zat yang agung dan mulia." Ditanya kepada Auza'i dan dia salah seorang perawi hadis: "Bagaimanakah bacaan istighfar itu?" Dia menjawab "Astaghfirullah, Astaghfirullah."

[Hadis sahih riwayat Muslim dalam Sahih Muslim bab Masajid/135. At-Tirmizi 300. Abu Daud 1513. An-Nasai 3/68. Ibnu Majah 924. Dari hadis Tsauban; rujuk Al-Azkar, no: 165.]


أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ


Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari solat membaca: "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada seorang pun yang mampu menghalang terhadap pemberian-Mu, dan tiada seorangpun yang mampu memberi terhadap apa yang Engkau telah menahannya, dan tidak ada manfaat kekayaan bagi orang yang kaya tanpa kehendak-Mu."


[Hadis Muttafaun 'Alaih, riwayat Bukhari, no: 844. Muslim bab Masajid/137. Abu Daud 1505. An-Nasai 3/70. Dari hadis Al-Mughirah bin Syu'bah; rujuk Al-Azkar, no: 166.]


أَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ حِيْنَ يُسَلِّمُ : لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ. قَالَ ابْنُ الزُبَيْرِ : وَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلّم يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ.


Bahawa baginda mengucapkan pada setiap akhir solat setelah salam: "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah, Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, hanya milik-Nya segala nikmat. Segala keutamaan dan segala sanjungan yang baik. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir." Ibn Zubair berkata: "Dan adalah rasulullah s.a.w. bertahlil dengan semua itu setiap selesai solat."


[Hadis sahih riwayat Muslim dalam Sahihnya, bab Masajid/139. Abu Daud 1506. An-Nasai 3/69-70. Dari hadis Abdullah bin Zubair dan dia memarfu'kannya kepada Rasulullah s.a.w.; rujuk Al-Azkar, no: 167.]


أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِيْنَ أَتَوْا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلّم. فَقَالُوْا : ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُوْرِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيْمُ الْمُقِيْمُ ، يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّيْ ، وَيَصُومُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ ، وَلَهُمْ فَضْلُ مِنْ أَمْوَالٍ يَحِجُّوْنَ بِهَا وَيَعْتَمِرُوْنَ وَيُجَاهِدُوْنَ وَيَتَصَدَّقُوْنَ ، فَقَالَ : " أَلاَ أُعَلِّمُكُمْ شَيْئاً تُدْرِكُوْنَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُوْنَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ ، وَلاَ يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلاَّ مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ ؟ قَالُوْا : بلَىَ يَا رَسُوْلَ اللهِ. قَالَ : تَسُبِّحُوْنَ وَتَحْمَدُوْنَ وَتُكَبِّرُوْنَ خَلْفَ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثاً وَثَلاَثِيْنَ ". قَالَ أَبُو صَالِح الرَّاوِي عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ : لَمَّا سُئِلَ عَنْ كَيْفِيَّةِ ذِكْرِهِ ؟ يَقُوْلُ : سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ للهِ ، وَاللهُ أَكْبَرُ ، حَتَّى يَكُوْن مِنْهُنّ كُلُّهُنّ ثَلاَث وَثَلاَثُونَ.


Bahawasanya orang-orang miskin dari kaum Muhajirin mendatangi Rasulullah s.a.w., mereka berkata: Orang-orang kaya memiliki darjat yang tinggi dan nikmat yang melimpah, mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka lebih utama kerana harta yang mereka miliki, dengan harta tersebut mereka pergi haji, umrah, berjihad dan bersedekah, maka Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Mahukah aku ajarkan kepada kalian suatu zikir, apabila kalian amalkan maka kalian akan menyamai orang-orang yang mendahului kalian, dan kalian akan mendahului orang setelah kalian, tidak ada seorang pun yang lebih baik dari kalian, kecuali apabila mereka melakukan seperti apa yang kalian lakukan?" Mereka menjawab: "Tentu wahai Rasulullah." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir semuanya sebanyak 33 kali setelah solat." Abu Sholeh berkata: "Berkata perawi dari Abu Hurairah r.a. saat ditanya tentang bagaimana tatacara berzikirnya?" Dia berkata: "Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar dari setiapnya sebanyak 33 kali."


[Hadis sahih riwayat Bukhari 843. Muslim bab Masajid/142. An-Nasai dalam Amal Yaum wa lailah; rujuk Al-Azkar, no: 168.]


عَنْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مُعَقِّبَاتٌ لاَ يَخِيْبُ قَائِلُهُنَّ أَوْ فَاعِلُهُنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةِ مَكْتُوْبَةٍ ، ثَلاَثاً وَثَلاَثِيْنَ تَسْبِيْحَةً ، وَثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ تَحْمِيْدَةً ، وَأَرْبَعًا وَثَلاَثِيْنَ تَكْبِيْرَةً


Dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pelengkap yang tidak akan mengecewakan orang yang mengamalkannya setiap kali selesai solat wajib, membaca tasbih sebanyak 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali."


[Hadis sahih riwayat Muslim dalam Sahihnya bab Masajid/144. At-Tirmizi 3412. An-Nasai 3/75 dalam Amal Yaum wa Lailah dari Ka'ab bin Ajrah r.a.; rujuk Al-Azkar, no: 169.]


مَنْ سَبَّحَ اللهَ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثاً وَثَلاَثِيْنَ ، وَحَمِدَ اللهَ ثَلاَثاً وَثَلاَثِيْنَ ، وَكَبَّرَ اللهَ ثَلاَثاً وَثَلاَثِيْنَ ، وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ : لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.


Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah sebanyak 33 kali, bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali, dan bertakbir kepada Allah sebanyak 33 kali, kemudian untuk melengkapi seratus baca: "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu." Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.


[Hadis sahih riwayat Muslim bab Masajid/146. An-Nasai dalam Amal Yaum wa Lailah dari Abu Hurairah r.a.; rujuk Al-Azkar, no: 170.]


أَنّ رَسُولََ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ دُبُرِ الصَّلاَةِ بِهَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ : " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْياَ وَأَعُوْذُ بِكُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ".


Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan setiap habis solat dengan beberapa kalimah: "Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu dari sifat pengecut dan aku berlindung dari tergelincir pada perbuatan yang hina, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur."


[Hadis sahih riwayat Bukhari dalam Sahihnya 2822; rujuk Al-Azkar, no: 171.]


أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ : " يَا مُعَاذُ وَاللهِ إِنِّيْ لأُحِبُّكَ " ثُمَّ قَالَ : " أُوْصِيْكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تُقُولُ : اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ".


Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah menarik tangannya (Mu'az) dan bersabda: "Wahai Mu'az, demi Allah saya mencintaimu," baginda bersabda lagi: "Saya berwasiat kepada kamu wahai Mu'az, janganlah kamu meninggalkan setiap kali setelah selesai solat membaca: "Ya Allah tolonglah aku untuk selalu berzikir dan bersyukur kepada-Mu, serta selalu memperbaiki ibdah kepada-Mu."


[Hadis sahih riwayat Abu Daud 1522. An-Nasai 2/52 disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Jami Ash-Shogier 7846; rujuk Al-Azkar, no: 174.]


أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِيْ دُبُرِ الصَّلاَةٍ : " اَللّهُمَّ إِنِّيْ أّعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ "


Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengucapkan di akhir solat: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran, kemiskinan dan siksaan kubur."


[Hadis hasan riwayat Ibnu Sunni dalam Amal Yaum wa Lailah 110. Dari hadis Abu Bakrah dengan sanad yang hasan dan perawi-perawinya terpecaya.]