Wednesday, December 10, 2008

Biografi Imam An-Nawawi*


Beliau ialah al-Imam, al-Allamah, Syeikhul Islam, al-Faqih, al-Zahid, al-Hafiz, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu bin Mura bin Hasan bin Husin bin Muhammad bin Jum'ah bin Hizam an-Nawawi atau an-Nawaawi. Dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H dan telah khatam Qur'an. Beliau dilahirkan di kampungnya Hauran di syria dan dinasabkan tempat tersebut kepadanya. Beliau mula belajar al-Qur'an di kampung tersebut kemudian berhijrah ke Damsyik dan menetap di Madrasah Arrawahiyah.

Di sana beliau mula mempelajari fiqh dan usulnya, hadis dan ulumnya, nahu, saraf, ilmu tauhid dan ilmu mantiq. Beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya dan menetap di Madinah al-Munawwarah selama sebulan setengah lalu beliau menjadi peneliti mazhab Syafi'i di zamannya.

Beliau adalah peneliti mazhabnya dan banyak menyaring kembali serta menyusun semula kitab-kitab tersebut sehingga tersebar ke seluruh dunia. Namanya menjadi sebutan dan menjadi imam yang tinggi darjatnya di seluruh alam. Beliau juga dikenali dengan penulisan-penulisannya yang masyhur, banyak mendatangkan manfaat dan barokah. Beliau berkata tentang dirinya: "Sebahagian datuk nenekku mendakwa bahawa dinasabkan kepada Hizam bapa kepada Hakim Ibn Hizam radhiallahu'anhu."

Tatkala umurnya mencapai 19 tahun bapanya menghantar beliau menetap di Damsyik, kemudian menetap di Madrasah Arrawaahiyah, seperti dunyatakan sebelum ini, maka beliau mula mendalami bidang ilmu di sana selama dua tahun tanpa sempat berehat sedikitpun. Pada waktu itu beliau telah menghafaz at-Tanbih dan satu perempat (1/4) daripada al-Muhazzab. Pada tahun 650 H beliau telah meneliti dan mensyarahkan karangan gurunya Kamaluddin Ishak Ibn Ahmad al-Maghiri. Ketekunan beliau membuatkan gurunya merasa kagum dan suka terhadapnya lalu meminta agar beliau menyampaikannya kepada orang lain. Ini membuatkan bertambah banyak manfaat beliau kepada selainnya. Beliau menyibukkan diri di dalam bidang ilmu lebih kurang 20 tahun lamanya sehingga beliau mengatasi pelajar-pelajar yang lain sama ada dari segi ilmu mahupun amalnya. Beliau mula menulis pada tahun 660 H sehinggalah kewafatannya.

Beliau banyak membaca karangan dan penulisan ulama-ulama yang terdahulu dan mula mentashih (memperbetulkan). Dikatakan setiap hari sebanyak 12 pelajaran; dua pelajaran di dalam bidang al-wasith, satu di dalam bidang al-Muhazzab, satu di dalam al-Jam'u Baina Shahihain, satu di dalam Shahih Muslim, satu di dalam kitab al-Luma', satu di dalam Ishlaahul Mantiq, satu di dalam at-Tashrif dan satu pelajaran lagi di dalam Usul al-Fiqh.

Seterusnya beliau mula serius di dalam ilmu perubatan lalu membeli buku al-Qanun karangan Ibn Sina dan berazam menelitinya. Beliau berkata: "Pernah satu hari aku tidak mampu menyibukkan diriku dengan perkara yang lain. Aku terfikir tentang hal diriku untuk meyemak ilmu perubatan. Terus aku membeli kitab Qanun dan menceriakan hatiku dengannya."

Guru-Gurunya:

Beliau mendengar Shahih Muslim daripada ar-Redha Ibn al-Burhan. Beliau mendengar Shahih al-Bukhari dan Musnad Ahmad serta Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasai, Sunan Ibn Majah, Jami' at-Tirmizi, Musnad as-Syafi'i, Sunan ad-Daruquthni, kemudian mendyarahkan hadis serta perkara lainnya dari himpunan karangan ulama-ulama pada zamannya. Antara guru-gurunya ialah Ibn Abdul Daayim, Zain Khalid, guru yang telah lanjut usia iaitu Syarifuddin Abdul Aziz, Qadhi Imaduddin Ibn al-Harastani, Ibn Abil Yusri, Yahya as-Shairafi, as-Shidrul Bakri, Syeikh Shamsuddin Ibn ABi Umar dan golongan yang setaraf dengan mereka.

Beliau mengambil ilmu hadis dari kumpulan huffaz yang miskin kemudian membaca kitab al-kamal oleh Abdul Ghani ali bil Baqa' Khalid Annablusy dan mensyarahkan Shahih Musim serta kebanyakan dari Shahih al-Bukhari dengan maknanya. Beliau mengambil ilmu fiqh dari Qadhi Abil Fath At-Tafliisy dan mendalaminya bersama Imam Kamaluddin Ishak al-Maghribi, Imam Shamsuddin. Abdul Rahman bin Nuh dan Izzuddin Umar Ibn As'ad al-arbali.

Murid-murid yang mengambil ilmu daripadanya ialah: Qadhi Shadruddin Sulaiman iaitu khatib di Daariya, Syeikh Syihabuddin Ibn Ja'wan Syeikh 'Alaudin Ibn Attar, Iminuddin Salim, Qadhi Syihabuddin Ibn Ja'wam, syeikh 'Alauddin Ibn Attar, Aminuddin Salim, Qadhi Syihabuddin al-Arbadi, Ibn Attar, Madzi, Ibn Abil Fath dan selainnya.

Akhlaknya:

Imam al-Asnawi berkata: "Sesungguhnya (an-Nawawi) rahimahullah memainkan peranan yang sangat banyak di dalam amalnya. Seorang yang zuhud, sabar dengan karenah kehidupan dan beliau tidak suka makan buah-buahan Damsyik kerana merasakan ia mengandungi syubhat dan menyebabkan mengantuk. Beliau hanya makan apa yang datang dari kedua ibu bapanya dan tidak makan kecuali sekali sehari sahaja iaitu selepas Isyak dan tidak makan kecuali sekali sekala sahaja iaitu selepas Isyak dan tidak minum melainkan sekali sahaja ketika waktu sahur. Beliau juga tidak minum melainkan sekali sahaja ketika waktu sahur. Beliau juga tidak minum ais sebagaimana dibuat oleh kebanyakan penduduk Syam. Beliau tidak berkahwin kerana kesibukan menunaikan ibadat dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran di depan para pemerintah."

Hasil Karangannya:

Allah telah memberikan banyak manfaat kepada kaum muslimin seluruhnya dengan hasil penulisan beliau. Ia tersebar di seluruh pelusuk dunia dengan memainkan peranan yang amat penting di dalam ulum syariah. Di antara karangan beliau ialah:

  1. Al-Arbaun an-Nawawiyah di dalam hadis.
  2. Al-Irsyad fi Usul Hadis.
  3. Al-Irsyaadat Ilaa Bayanul Asma' al-Muhimmat fil Mutun al-Asanid.
  4. Al-Usul wa ad-Dhawabit Fil Mazhab.
  5. Al-'Idhah Fi Manasik AlHajj.
  6. Bustanul 'Aarifin Fi at-Tasawwuf.
  7. Attibyan Fi Aadab Hamalatal quran.
  8. At-Tahrir Fi Syarhi at-Tanbih Li Abi Ishak as-Syiiraazi.
  9. Tuhfat at-Tholib Annabih Fi Syarhi at-Tanbih.
  10. Tuhfah al-Waalid wa Bughyatur Ra'id.
  11. Kitabul Tahqiq.
  12. At-Tarkhis Fi Ikraam Bilqiyam Lizawil Fadhl Walmaziyyah Min Ahlil Islam.
  13. At-Taqrib wa at-Taysir Lima'rifati Sunannul Basyir An-Nadzir.
  14. Taqribul Irsyad Ilaa Ilmul Isnad.
  15. Tahziibul Asma' wal Lughat.
  16. Al-Adzkar wa Ismuhu BilKaamil (Haliyyatul Abrar wa Syiaarul Akhbar Fii Takhlisi Ad-Da'waat wa al-Adzkar).
  17. Khulasatul Ahkam Fii Muhimmat as-Sunan wa Qawa'idul Islam.
  18. Ruhul Masaail Fil Furu'il Fiqh.
  19. Raudhatut Tholibin wa Umdatul Muttaqin.
  20. Riyadhus Shalihin.
  21. Syarhul Jaami' As-Shahih Lil al-Bukhari Ilaa Akhir Kitabul Iman.
  22. 'Uyuunul Masaail al-Muhimmah dikenali juga dengan nama 'Uyuunul Masail wal Fawaa'id.
  23. Ghaisu an-Naf'i Fil Qiraat as-Sab'ah.
  24. Fadhul Qiyam Li Ahlil Ilmi wal Hadis wa Az-Zuhdi wa' 'Ibad wa As-Shulaha' wal Qurra' Min Ahlil Islam.
  25. Al-Mubham 'Ala Huruful Mu'jam.
  26. Al-Majmu' fi Syarhi Muhazzab Li Abi Ishaq As-Syirazi.
  27. Mir'atuz Zaman Fi Tarikhil A'yan.
  28. Manasikil Hajj Sughra wa Wustha wa Kubra.
  29. Al-Manthurat wa 'uyunul masa'l.
  30. Al-Minhaj Li Syarhi Shahih Muslim Ibn Hajjaj.
  31. Minhajut Thalibin Fil Furu'.
  32. Thabaqatul Fuqaha'.
  33. Ad-Daqaiq 'Alal Minhaj. Tashihut Tanbih.
  34. Tashihut Tanbih.
  35. Al-Mubhamat.
  36. Al-Maqasid.
  37. Manaqib Syafi'i.
  38. Mukhtasar Bayan.
  39. Manarul huda Fil Waqfi wa Ibtida (Tajwid).
  40. Syuruthus Solah.
  41. At-Tahqiq kebanyakannya telah disebut di dalam Syarhi Muhazzab.
  42. Al-Muntakhab fi Mukhtasar at-Tahzib lil Rafi'i.
  43. Ru'usul Masa'il.
  44. Mukhtasarul Muharrir Li Muhammad Rafi'i.
  45. Muqaddimah fil Fiqh.
  46. Mukhtasar Shahih Muslim.
  47. Talkhis Gharib Muslim.
  48. Tahsilul Manafi' Min Kitab Durar Allawami' fi Ashli Maqra' Imam Nafi'.
  49. Mukhtasar Kitab Al-Irsyadul lahu.
  50. Hamlatul Quran wa Umdatul Muftin. Dan banyak lagi.

Kewafatan An-Nawawi Rahimahullah:

Beliau rahimahullah meninggal dunia di Nawa di sisi ahli keluarganya pada suku malam yang terakhir hari Rabu bersereramaan 24 Rejab 676 H dan dikebumikan di situ pada keesokan hariannya. Setelah berita kematiannya tersebar, seluruh penduduk Damsyik dan sekitarnya berdukacita dan menangisi pemergiannya. Ia meninggalkan kesedihan yang mendalam dalam hati kaum muslimin. Al-Qurthubi al-Yunani berkata: "Ketika tersebar berita kematian beliau di Damsyik, terus ketua hakim berita kematian beliau di Damsyik, terus As-Sha'igh bersama sekumpulan sahabat-sahabatnya ke Nawa untuk menunaikan solat jenazah di kuburnya."

Sesungguhnya (Imam Nawawi) rahimahullah berdoa agar beliau meninggal dunia di tanah Palestin maka Allah telah mengabulkan dunia di tanah Palestin maka Allah telah mengabulkan permintaannya. Beliau terus mengingati di dalam rangkap Ibn Zhahir yang mengungkapkan di dalam qasidahnya yang panjang di awalnya:

((Moga Allah merahmati Imam An-Nawawi dan memberikannya ganjaran yang setimpal di atas kebaikan yang dilakukan untuk kaum muslimin dan meletakkan segala hasil usahanya, penulisannya dan kitab-kitabnya di atas timbangan kebaikan agar bertambah berat dan diberkati.))

Untuk maklumat lanjut (tentang biografi beliau) sila rujuk:

  1. Kasyfuz Zunun oleh Hajiy Khalifah.
  2. Tarikh Al-Mudarris oleh an-Naiimy.
  3. Tabaqat Syafi'iyyah oleh Al-Asnawi.
  4. Fuwwatul waafiyat wazailuha oleh Ibn Syakir al-Kutubiy.
  5. Al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Katsir.
  6. Husnul Muhadharah oleh As-Suyuti.
  7. Hadiyyah Al-'Arifin oleh Al-Baghdadi Basya.
  8. Mu'jam Muallifin oleh Umar redha Kuhalah.
  9. Al-Fathul Mubin Syarah Riyadhus Shalihin oleh Taha Abdur Rauf Sa'ad.
  10. Syazarat Azzahab oleh Ibnul Imad Al-Hanbali.
  11. Al-Mawsu'at A-Zahabiyyah Lil Ulum Al-Islamiyyah oleh Dr. Fatimah Mahjub.
  12. Al-Mawsu'at Al-Arabiyah Al-Muyassarah.
*(Biografi ini dinukil dari "Syarah Riyadhus Shalihin" oleh Syaikh Muhammad Shalih al-Uthaimin, yang diterjemahkan oleh Rosmalizawati Ab Rashid, hal 65-71)

No comments:

Post a Comment