1. Dari Umar bin Khatthab radhiallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya, setiap orang itu dinilai berdasarkan niat amalannya, barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya untuk meraih dunia atau untuk wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu dinilai berdasarkan apa-apa yang ingin ditujunya dalam berhijrah."
- Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahih Bukhari (1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953) Muslim dalam Sahih Muslim (Imarah / 155) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dan para penulis kitab sunan yang empat, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahih keduanya dan lain-lain, dari Umar bin Khattab r.a. diantara sebahagian riwayat mereka ada yang menyendiri dalam menyebutkan kata a'mal atau niat, lafaz tersebut telah bercampur, semuanya bermakna hendaklah kita hanya meniatkan segala amalan dan ketaatan semata-mata kerana Allah.
2. Hadis Ibn Umar radhiallahu 'anhu. Ia berkata:
قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوْا قَالُوْا : وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : حِلَقُ الذِّكْرِ، فَإِنَّ لِلًّهِ تَعَالىَ سَيَّارَاتٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ يَطْلُبُونَ حِلَقَ الذِّكْرِ، فَإِذَا أَتَوْا عَلَيْهِمْ حَفُّوْا بِهِمْ
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu melewati kebun-kebun syurga, maka tempati dan nikmatilah olehmu, para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah kebun syurga itu? Rasulullah menjawab, "Majlis-majlis dzikir, kerana Allah Ta'ala mempunyai kenderaan-kenderaan dari para malaikat yang selalu mencari majlis-majlis dzikir, apabila mereka datang ketempat itu, mereka duduk bersama-sama orang yang berdzikir tersebut."
- Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam Hilliyyah Auliya' (6/354) dengan lafaz ini hingga perkataan "Halaqah dzikir", ia berkata: "hadis gharib dari Malik, kami tak menulisnya kecuali, dari hadis Muhammad bin Abdullah bin Amir. Al-Albani berkata: Saya tak mengetahuinya, aku khuwatir telah terjadi pemalsuan dalam namanya, hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3510), Ahmad bin Hanbal (3/150), Ibnu Uday dalam al-Kamil fi adh-Dhuafa (1/329), Abu Nu'aim dalam kitab Hilliyyah pada tempat lain (6/268), Al-Albani menyebutkan dalam sahihnya (2562), Sunan at-Tirmizi dengan kesaksian-kesaksiannya, lihat kitab Silsilah adh-Dha'ifah (1150).
3. Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dari Mu'awiyah radhiallahua'nhu:
خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم على حلقة من أصحابه فقال : " ما أجلسكم ؟ قالوا : جلسنا نذكر الله تعالى ونحمده على ما هدانا للإسلام ومن به علينا ، قال : الله ما أجلسكم إلا ذاك ؟ أما إني لم أستحلفكم تهمة لكم ، ولكنه أتاني جبريل فأخبرني أن الله تعالى يباهي بكم الملائكة
"Bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam keluar dari rumahnya menuju sebuah majlis tempat berkumpul sahabat-sahabatnya, beliau sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Mengapa kamu duduk-duduk bersama di sini?" Mereka menjawab, "Kami duduk di sini berdzikir mengingat Allah Ta'ala dan bertahmid mengucapkan puji kehadhrat-Nya atas hidayat dan nikmat yang diberikan kepada kami sehingga memeluk agama Islam," Nabi bersabda, "Demi Allah, apakah benar kamu duduk disini hanya kerana itu?" Sesungguhnya aku tidak meminta kepada kamu untuk bersumpah kerana menaruh curiga, tetapi Jibril telah dating kepadaku dan memberitahukan bahawasanya Allah Ta'ala membanggakan kamu dihadapan para malaikat."
- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim (dzikir / 40), at-Tirmizi (3379), an-Nasa-I (8/249), semuanya dari jalur Abu Utsman an-Nahdi dari Abu Said Al-Khudri r.a.
4. Diriwayatkan kepada kami dari sahih Muslim juga, sebuah hadis yang diriwatkan oleh Abu Said Al-Khudri radhiallahu 'anhu dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, keduanya menyaksikan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
لا يقعد قوم يذكرون الله تعالى إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله تعالى فيمن عنده
"Tiada satu kaum pun yang duduk-duduk sambil berdzikir kepada Allah Ta'ala, melainkan para malaikat datang mengelilingi dan menaungi mereka. Mereka diliputi dengan rahmat, ketenteraman turun menyertai mereka dan Allah Ta'ala menyebut mereka dihadapan para malaikat lain yang ada disisi-Nya."
- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (Dzikir, Doa dan Taubat / 39), at-Tirmizi (3378), Ibn majah (3791), Abu Daud (1455), dari hadis Abu Hurairah r.a.
5. Diriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari dan sahih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata,
نزلت هذه الآية (ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها) في الدعاء
"Telah turun ayat ini, "…Dan janganlah kamu kuatkan suara dalam solatmu dan jangan pula kamu merendahkannya." (Al-Isra': 110), maksudnya pada doa yang terdapat dalam solat itu.
- Muttafaqun 'alaih, diriwayatkan oleh Bukhari (3423 & 6327) dan Muslim (solat / 146)
6. Diriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " سبق المفردون ، قالوا : وما المفردون يا رسول الله ؟ قال : الذاكرون الله كثيرا والذاكرات
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Kaum mufarrid telah berada dibaris depan." Para sahabat lantas bertanya, "Wahai Rasulullah siapakah kaum mufarrid itu?" Nabi bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang selalu berdzikir pada Allah, baik lelaki ataupun wanita."
7. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri radhiallahu' anhu, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا - أو صلى - ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين الله كثيرا والذاكرات
"Apabila seseorang membangunkan keluarganya pada malam hari, lalu melaksanakan solat dua rakaat, ditulislah mereka berdua pada golongan orang-orang yang banyak berdzikir pada Allah."
- Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud (1309), an-Nasa-I dalam sunan al-Kubra sebagaimana yang terdapat dalam kitab Tuhfah al-Asyraf karya al-Mazi dalam kitab solat, diriwayatkan oleh Ibnu Majah.
8. Dari Aisyah radhiallahu'anha:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتكئ في حجري وأنا حائض فيقرأ القرآن. رواه البخاري ومسلم. وفي رواية : ورأسه في حجري وأنا حائض
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersandar pada pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid, maka ia pun membaca Al-Quran." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Menurut riwayat lain, "…dan kepalanya pada pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.
Dari Aisyah radhiallahu'anha, ia berkata:
إني لأقرأ حزبي وأنا مضطجعة على السرير
"Sesungguhnya aku membaca amalanku sedangkan aku berbaring di atas tempat tidurku."
- Muttafaqun 'alaih, Hadis riwayat Bukhari (297, 7549), Muslim (Haid / 15) dan perkataan Aisyah r.ha.
9. Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan sebuah hadis dari Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu, ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
من نام عن حزبه أو عن شئ منه فقرأه ما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنما قرأه من الليل
"Barangsiapa yang tertidur dari kebiasaannya (iaitu kebiasaannya adalah) membaca hizib (amalan) atau sesudah dari padanya, lalu dia membacanya diantara solat subuh dan solat zohor, maka akan dituliskan untuknya seolah-olah dia membacanya pada waktu malam.
- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (Solat Muslim / 142), Abu Daud (1313), At-Tirmizi (581), An-Nasa-I (259/3), dan Ibn Majah (1343).
Tambahan
Al-Imam An-Nawawi berkata:
قال العلماء من المحدثين والفقهاء وغيرهم : يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا
"Para ulama dari kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan lainnya berkata: "Dibolehkan dan dianjurkan untuk beramal dengan amalan-amalan utama (fadha'il a'mal), dan memberi motivasi serta ancaman (targhib dan tarhib) dengan hadis yang lemah (dha'if) selagi ia bukan hadis palsu." (Lihat Al-Adzkar, hal 8)
Penjelasan
Masalah ini sebenarnya (yakni mengamalkan hadis fadhail a'mal) masih terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama. Terdapat juga para Imam yang tidak membolehkan beramal dengan hadis dha'if secara mutlak. Diantaranya ialah Ibn Mu'in, Bukhari, Muslim, Ibnu 'Arabi, Ibnu Hazm dan lain-lain. Sila rujuk perkataan Syeikh Al-Qasimi dalam Qawa'id At-Tahdits, hal 94 dan Tamamul Minnah oleh Syeikh Al-Albani, hal 34.
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani r.h berkata:
"Telah terkenal oleh ahli ilmu meremehkan penggunaan hadis fadha'il (keutamaan) walaupun lemah, selagi tidak sampai maudhu'. Maka dari itu, disyaratkan bagi orang yang mengamalkannya meyakini hadis tersebut sememangnya dha'if dan tidak lazim diamalkan, agar tidak ada orang yang melaksanakan hadis dha'if kemudian mensyari'atkannya atau diduga oleh sebahagian orang-orang yang bodoh bahawa itu merupakan sunnah yang benar. Hal ini telah dijelaskan oleh Al-Ustaz Abu Muhammad bin Abdussalam dan yang lain. Hendaklah seseorang takut termasuk pada apa yang disabdakan Nabi s.a.w.,
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
"Cukuplah seseorang disebut sebagai pembohong apabila ia menceritakan setiap apa sahaja yang ia dengari. (yakni tanpa meneliti kesahihannya)" (Hadis riwayat Muslim, no: 5 dalam muqaddimah sahihnya)
Lalu bagaimana dengan orang yang melaksanakannya? Tidak ada perbezaan dalam melaksanakan sebuah hadis baik dalam masalah hokum maupun keutamaan (fadha'il), kerana semua tersebut adalah syari'at." (Tabyin Al-'Ajab, hal 3-4, lihat Tamamul Minnah oleh Syeikh Al-Albani, hal 35)
Wallahu a'lam…
No comments:
Post a Comment